Monday, December 28, 2015

Nicky Jam y Enrique Iglesias El Perdón [Official Music Video YTMAs]







El Perdón means Forgiveness.
.
.
.
kau tahu, orang yang paling kuat
orang yang sudi memaafkan kesalahan orang lain.
dan aku?
aku tak mampu.
dendam yang terpendam paling payah nak hilang.
sampai bila


redha.
sebab apa yang terjadi mungkin ada hikmah.


belajar lepaskan.
sebab kau tak layak.
kau penyebab
kau punca

padam segala kenangan
buang semua gambar
tolong,
hiduplah dengan jiwa yang tenang.

Friday, December 11, 2015

Fynn Jamal - Suatu Pernah Official Music Video



the theme is basic.
“kita semua pernah ada suatu yang pernah”
.
sejenis semboyan yang aku rasa kita semua sering dan selalu kata, kita mangsa. Kita dimangsa.
.
persoalannya:
pernahkah kita melihat di suatu persepektif yang lain pula—yang kita juga pernah menjadi suatu yang pernah kepada orang lain juga?
.
some hurt others after they were hurt. some hurt because they don’t want to be hurt. some hurt first. Some later.
.
at the point--
kita semua pernah pentingkan diri kita sendiri.
.
kita semua—
adalah sejenis suatu pernah untuk siapa kita hari ini.
.
A Kelip-Kelip Arts Production
Directed by Sharifah Amani (@sharifah_amani)
Cinematography by Mohd Izham (@mohad_izham)
Assistant Director – Faliq Sharif (@faliqsharif)
Art Department – Yu Chee Boon (@edward_cheeboon)
Make-up and Hair – Jijie Zainal (@jijiezainal)
.
Featuring
Sharifah Amani (@sharifah_amani)
Zahiril Adzim (@zahiriladzim)
Nadia Nisaa (@nadnisaa)
Iedil Putra (@iedilputra)
Suhaili Micheline (@suedanza)
.
Special Appearance by
Ashraf Zain (@modeefied)
Dira Abu Zahar (@diraabuzahar)
Megat Shahrizal (@megatshahrizal)
Nadia Aqilah (@arikikikiki)
Tuan Faisal (@tapaifaisal)
.
Special Thanks
Five Arts Centre (@fiveartscentre)
Kamar Seni (@kamarseni)

-all by Fynn Jamal (@fynnjamal)

Friday, April 17, 2015

Nak Update, Tapi..

Assalamualaikum,
cam bese la.. tetiba muncul setelah kian lama menyepi.
~dasar blogger picisan.
Apa khabar mengkome? Sehat? Macam mana kehidupan ber GST? kahkah..
ok, banyak benda nak dok cerita tapi cam bese ler ye, malas.
padehal gambar semua dah ada dalam pc, cuma mood nak reka cerita tu je tade lagi, takat nak merepek meraban tade info boleh. haha.

Alhamdulillah, walaupun banyak kerja tapi banyak gak benda yang aku dapat buat untuk tahun ni, banyak tempat yang aku berhajat nak pergi or tak pernah fikir pun nak pergi aku dapat pergi jugak, kuasa Tuhan weih, siapa kita nak menolaknya? Syukur alhamdulillah sebab aku diberi kesempatan.


Btw, nanti lah ye aku cerita.. Mood bercuti tak hilang lagi ni.. 
Mana aku nak p lagi ni..
Emmmmmmm..










  diakhiri dengan gambar wa feeling2 dok new zealand padehal kundasang je.
tape, pengalaman.
Alhamdulillah.


Tata..


Sekian.

Tuesday, March 24, 2015

Hiking : Gunung Berembun, Cameron Highlands with WIM

Assalamualaikum.
Lama dah tak join hiking, masa nak bagi nama pun masih teragak-agak lagi mengenangkan akan kepancitan yang bakal melanda. Kahkah, bedal jela ayat kepancitan tu. Tak fikir panjang, join jela. Ohh, aku join dengan satu group ni, Women In Motion tempat ni dance studio and fitness centre, yang best pasal tempat bersenam ni khas untuk perempuan je! So dah takde alasan untuk malas bersenam sebab tak nak bercampur dengan yang bukan mahram. More information boleh click link.

Ok berbalik pasal cerita hiking kita,


14.02.15





Bergerak dari Chenderong Balai hala ke Tapah, singgah sekejap dekat Lata Iskandar untuk berkelah makan tengahari. 




Sambil tu perkara wajib, of course la selfie








Selesai selfie, makan.




Perjalanan diteruskan.


Ooo, aku tumpang kak nana n family.

Sampai lebih kurang pukul 5 lebih. Gambar homestay lupa nak snap, kami menyewa satu homestay ni kat brincang.
Semua yang bergerak hari sabtu tu menginap kat homestay yang sama. Senang.





......................................





15.02.15

Hari yang ditunggu, bangun jam 7:30 pagi bersiap2. Naik ranger pergi ke tempat berkumpul dekat Jabatan Hutan yang terletak dekat dengan Homestay Kg Taman Sedia. Berkumpul ramai2 kat situ
sebelum ke tapak perkhemahan kem sungai pauh.





Aku pakai serba hitam. shawl je pink.. Gasak arghh..
Ohh, cuaca tak sejuk sangat ye, just nice je.









Selesai sesi taklimat dan bacaan doa kami memulakan xpdc. Ohh, kami punya guide semua dari Belia 4B Teluk Intan.










Perjalanan yang bermula..






















Ni kat peek stop,













Ohhhh, akhirnyaaaaa.. sampai dah ke Puncak! Yeayyy!
Syabas buat semua!










Ni tengok perangai mak-mak orang ni.. Hamboi2.. kecuali I n hujung kiri tu belum nikah lagi eah..








Us!



Muka agak sedikit bongkak, sebab berjaya hiking untuk pertama kali.



perjalanan pulang..
Lastly, sampai kat MARDI.
Alhamdulillah syukur. Perjalanan kami smooth je, tade apa kecelakaan yang berlaku, takat terseliuh tu ada la bape orang, tu pun atas kecuaian sendiri.
For Women In Motion, terima kasih sebab selalu buat aktviti macam ni.
Lain kali tade aral melintang boleh join lagi. hehe..


Diakhiri dengan wide selfie gua dekat ladang teh.



Sekian.


Monday, March 23, 2015

Bila..

Assalamualaikum semua!
eahh.. hehe.. ada ke orang?
arghh, lantaklah janji ada benda nak update dari terbiar je.

Sebenarnya banyak benda nak cerita,
tapi dek kerana kekangan masa, malas nak tempek watermark gambar
end up blog terbiar dan harapan pun terkubur begitu sahaja.. hihihi..

Tape, pelan-pelan.. kita update balik mana yang tertinggal..
Cuba kuatkan semangat untuk rajinkan diri update blog
Selalu dok rajin merepek merempan kat twitter je.
Instagram i rajin update, sebab tak perlu nak taip ayat panjang-panjang.
Hehe..

Nantikan la ye..















*nah setepek gambar owner blog yg syok sendiri.













Sekian.

Saturday, March 14, 2015

Nikah.



"Kau bila nak kahwin?"

Tanya Pak Imam sewaktu sedang aku mencuci kolah bersama dia.

Aku cuba jawab

"Calon-calon semua sudah dirembat oranglah,Mam.
Anak pak imam pun dah nak kahwin.
Cikgu tadika sebelah rumah pun macam dah berpunya je.
Redo je lah."

Pak imam menjelingku.

"Memilih sangat ni."

Aku duduk bertinggung sambil gosok dinding kolah.

"Salah ke memilih, Mam?"

Pak imam cebok air jirus tepi kolah yang
disentalnya.

"Tak salah. Memang lebih baik memilih. Cuma
jangan terlalu memilih. Pilihlah yang berkenan di
hati. Yang hati tertarik. Ada pula ciri-ciri empat
agama, keturunan, harta, rupa tu, alhamdulillah."

Ku ambil baldi, siram lantai kolah yang berkeladak
setelah digosok. Biarkan kotoran keluar menuruni
lubang kecil di sudut kolah.

"Kalau nak pilih yang ada rupa je, boleh?"

Pak imam bangun berdiri, kain pelekatnya sedikit
basah terkena air.

"Boleh. Hak memilih hak personal. Tiada larangan.
Nak pilih yang seksi pun boleh, yang buka aurat
pun boleh, nak yang tak suci lagi pun boleh. Yang
telah couple berpuluh kali pun boleh, yang sudah
terlanjur beratus kali pun boleh.

Asalkan, kau janji satu benda dengan diri sendiri."

Aku berdiri sama.

"Apa dia?"

Pak imam bersandar di tiang dekat kolah.

"Janji dengan diri, tolong jangan putus asa.
Jangan putus asa berikan semangat dan keyakinan
pada pasangan untuk terus berubah baik.

Memilih seseorang yang sudah hancur jiwanya,
imannya, bukan semudah yang kau sangkakan.
Kau terpaksa tempuhi kesabaran demi kesabaran
dalam mendidiknya. Dia akan memberontak,
melawan, memaki, memarahimu setiap kali kau
cuba untuk pimpinnya ke arah lebih baik.

Kau tak boleh merajuk, mudah down. Tak boleh.
Kalau kau jiwa rapuh, hati tacing, mudah
tersentuh, kau takkan mampu mendidik pasangan.
Malahan, kau pula yang akan tunduk di bawah
telunjuknya.

Jangan putus asa berdoa. Di kala suami yang lain
berseronok senang lenang dengan isteri solehah
masing-masing, kau kena gigih bangun malam
berdoa tak putus-putus supaya isteri kau diberikan
hidayah, terbuka hatinya, lembut hatinya untuk
berubah.

Kotoran degil bukan mudah-mudah disental seperti
kolah ini.

Kau kena menangis lebih banyak di malam hari
depan Allah, dan nampak tabah dan tegas di siang
hari depan isterimu. Dalam tegas, ada kelembutan.
Dalam kelembutan, ada ketegasan. Kau harus tahu,
didikan tidak akan se-smooth yang kau fikirkan.

Term 'sama-sama berubah ke arah lebih baik'
cuma fantasi kau. Kau tak akan dapat jangka dan
agak apa yang ada di dalam jiwa pasangan kau.
Mungkin kau saja yang ingin berubah, tapi dia
cuma berkata-kata di mulut. Kau tidak tahu.

Selindungkan segala duka, sabar setinggi langit.
Insya-Allah, suatu hari, setelah bertahun-tahun
bertarung dan korbankan hati perasaan, berkat
keikhlasan dan rahmat Allah, isteri kau nanti akan
berubah.

Permata dan kaca memang berlainan. Kaca bisa
melukakan. Kau akan jatuh luka berkali-kali hingga
kau letih sendiri.

Tapi, bila hatinya sudah dibalikkan oleh Allah,
heavenlah kau nanti.

Dia akan jadi yang terbaik, setara dengan wanita
solehah di luar sana. Malahan, mungkin lebih baik.
Siapa tahu.

Kau faham?"

Aku mengangguk-angguk.
Rupanya, nikah itu memang perlu agama yang
terpacak kuat dalam diri sendiri. Diri seorang lelaki
yang bernama suami. Andai lelaki itu sendiri
agamanya tempang, agamanya layu, bagaimana
nanti didikannya? Pasti rosak hancur.

Bukan agama seseorang perempuan, tapi agama
seseorang lelaki itu lebih patut diutamakan.

Namun, dalam hati ini aku harap, setelah usaha
penat lelah mendidik nanti, ada secebis
penghargaan untuk yang bernama suami.
Walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih.
Atau hanya secebis senyuman. Titis air mata
suami akhirnya berbaloi, berbalas jua.

Bila orang tanya aku lagi tentang nikah, pasti akan
ku jawab balik pada diri
sendiri,

"Bila agama dan iman diri sendiri di aras yang
sepatutnya." 

Baru sedia untuk nikah.

Friday, February 6, 2015

Sekadar Omong Kosong

Assalamualaikum.
Dah masuk bulan 06 Februari 2015 dah, bersamaan 16 RabiulAkhir 1436H.
Sekejap. Sekejap sangat.
Masa yang sangat pantas berlalu.
Tau-tau nanti dah habis bulan Februari ni.
Alhamdulillah.
Syukur nikmat Tuhan.
Masih lagi bernafas di bumi ini.
Masih berpeluang untuk perbaiki diri yang serba kekurangan ini, mudah-mudahan akan terus istiqamah. Takpe biar lambat, sikit-sikit yang penting perubahan tu perlu ada.
Banyak halangan, sebab syaitan tu dah berjanji akan mengoda anak adam sehingga tibanya kiamat.
InshaAllah, mudah-mudahan hati ini terus sabar, kuat tempuhi apa jua cabaran mendatang.
Terima Kasih pada yang pemberi semangat, nasihat untuk aku terus kuat.
Sayang mereka semua kerana Allah Taala.

....

Thursday, January 8, 2015

Buzz Feed : "Simple Thing you never think?"




Assalamualaikum,
sejak akhir2 ni aku suka godek2 youtube tengok Buzz Feed punya channel,
memacam jenis benda, isu, makanan, kehidupan diaorang kupaskan, bincang, bagi pendapat.
Salah satu gak kasi tips, ni salah satu yang aku jumpa.
Benda simple yang orang lain tak pernah terfikir untuk buat.
So, enjoy.



Sekian Terima Kasih

El Negra Deli Studio + Char Keow Teow MBI : Ipoh

Assalamualaikum,
first entry untuk tahun baru ni.
Antara 'wishlist' aku untuk tahun la kiranya, pergi cari tempat makan yang best sebab aku kan suka makan. pastu ngadu pasai apa gemokkss (matikla)..

El Negra Deli + Studio
Terletak kat pekan lama, berdekatan dengan MCD dari mcd ko straight sampai jumpa traffic light,
El Negra ni kat belah kanan atas so kena alert takut tak nampak or terlepas pandang,
tapi sapa yang tau jalan ipoh ok la kot, jadi cam aku noob pusing 2,3 kali.
pheww~


ni insta dioarang..


Sebelum pergi aku dah servey pe makanan yang sedap yang selalu orang review
antaranya Meatball Cheese, Mash Potato, Lamb Chop, Seafood Spagheti etc.
So lets.



Aku p ngan membe lama aku Fizzy, sebab rabu malam je dia free so jom la kita jalan jauh sikit.
Teluk Intan boring dah kot.




Sampai gak tempat dituju,
boleh plak iphong tinggal dalam kete sebab nak cepat
gasaklah selfie pakai gopro.




ni pintu masuk El Negra tu.








Decoration best, tempat dia santai je. Memang sesuai untuk lepak2 ngan member.
Nak berselfie2 kat dalam tu cam segan plak sebab membe aku tu bukan rajin nak berselfie. huh.
Tempat cantik ooo.. rugi, rugi..






Ni menu, more to western food.
Sebab petang tu aku dah tibai nasi sepinggan,
sampai El Negra ni pun aku cam kenyang lagi
argh, gasak argh da datang dari jauh takan nak makan mende bese je.

Kalau nak order kena p kaunter, senarai jenis minuman pun semua ada kat kaunter
Lepas order terus bayar, duduk, tunggu la waiter hantar makan.
Cadang nak tapaw sekali bekas plak tade. Punah harapan.


So aku order Seafood Oglio Olio Spagheti, Hainan Chicken Chop
Minum Ribena Longan ngan ayaq masak.
Harga boleh la tahan untuk 'kadang-kadang nak makan sedap',
makan hari2 untuk aku mau kopak duet weih.


Take a few minute, sampai la makanan kami
sebab tak sabar nak rasa
gambo makanan pun lupa nak snap.

Aku makan Seafood Oglio Olio Spagheti
bagi aku decoration cantik sekali rasa out,
boleh la makan tapi nape ntah aku rasa cam kurang masin, spagheti pun keras sikit.
So not recommended.

Membe aku plak makan Hainan Chicken Chop
ayam ok, tapi kuah dia plak failed cayo.
Bising mulut budak tu cakap tak sedap, tak sedap
tapi abih gak dia makan. puii.. pastu siap compare makan kat P&S lagi sedap.
yang sedap air ribena longan dia je! huhu..

Arghh, nyesal pilih menu tu.
So far
Nora kasi 3 bintang.
huuu..


Sebab tak puas hati punya pasal
nah, jom kau ke dataran
cari char keow teow.. hujan pun hujan r janji puas hati.


char keow teow dia not bad,
tapi dia pakai udang harimau tu susah sikit nak kupas pakai garpu.
ni nora kasi 4 bintang.

so sekian lah kita cerita makan2 kat El Negra n Char Keow Teow

next time nak try :
Gomok,
Mat Periuk,
81 Miles,
Mee Ketam Tanjung Rambutan.

Makannnnn selagi bolehhhh! yeahhh!




sekian. terima kash.