Tuesday, March 24, 2015

Hiking : Gunung Berembun, Cameron Highlands with WIM

Assalamualaikum.
Lama dah tak join hiking, masa nak bagi nama pun masih teragak-agak lagi mengenangkan akan kepancitan yang bakal melanda. Kahkah, bedal jela ayat kepancitan tu. Tak fikir panjang, join jela. Ohh, aku join dengan satu group ni, Women In Motion tempat ni dance studio and fitness centre, yang best pasal tempat bersenam ni khas untuk perempuan je! So dah takde alasan untuk malas bersenam sebab tak nak bercampur dengan yang bukan mahram. More information boleh click link.

Ok berbalik pasal cerita hiking kita,


14.02.15





Bergerak dari Chenderong Balai hala ke Tapah, singgah sekejap dekat Lata Iskandar untuk berkelah makan tengahari. 




Sambil tu perkara wajib, of course la selfie








Selesai selfie, makan.




Perjalanan diteruskan.


Ooo, aku tumpang kak nana n family.

Sampai lebih kurang pukul 5 lebih. Gambar homestay lupa nak snap, kami menyewa satu homestay ni kat brincang.
Semua yang bergerak hari sabtu tu menginap kat homestay yang sama. Senang.





......................................





15.02.15

Hari yang ditunggu, bangun jam 7:30 pagi bersiap2. Naik ranger pergi ke tempat berkumpul dekat Jabatan Hutan yang terletak dekat dengan Homestay Kg Taman Sedia. Berkumpul ramai2 kat situ
sebelum ke tapak perkhemahan kem sungai pauh.





Aku pakai serba hitam. shawl je pink.. Gasak arghh..
Ohh, cuaca tak sejuk sangat ye, just nice je.









Selesai sesi taklimat dan bacaan doa kami memulakan xpdc. Ohh, kami punya guide semua dari Belia 4B Teluk Intan.










Perjalanan yang bermula..






















Ni kat peek stop,













Ohhhh, akhirnyaaaaa.. sampai dah ke Puncak! Yeayyy!
Syabas buat semua!










Ni tengok perangai mak-mak orang ni.. Hamboi2.. kecuali I n hujung kiri tu belum nikah lagi eah..








Us!



Muka agak sedikit bongkak, sebab berjaya hiking untuk pertama kali.



perjalanan pulang..
Lastly, sampai kat MARDI.
Alhamdulillah syukur. Perjalanan kami smooth je, tade apa kecelakaan yang berlaku, takat terseliuh tu ada la bape orang, tu pun atas kecuaian sendiri.
For Women In Motion, terima kasih sebab selalu buat aktviti macam ni.
Lain kali tade aral melintang boleh join lagi. hehe..


Diakhiri dengan wide selfie gua dekat ladang teh.



Sekian.


Monday, March 23, 2015

Bila..

Assalamualaikum semua!
eahh.. hehe.. ada ke orang?
arghh, lantaklah janji ada benda nak update dari terbiar je.

Sebenarnya banyak benda nak cerita,
tapi dek kerana kekangan masa, malas nak tempek watermark gambar
end up blog terbiar dan harapan pun terkubur begitu sahaja.. hihihi..

Tape, pelan-pelan.. kita update balik mana yang tertinggal..
Cuba kuatkan semangat untuk rajinkan diri update blog
Selalu dok rajin merepek merempan kat twitter je.
Instagram i rajin update, sebab tak perlu nak taip ayat panjang-panjang.
Hehe..

Nantikan la ye..















*nah setepek gambar owner blog yg syok sendiri.













Sekian.

Saturday, March 14, 2015

Nikah.



"Kau bila nak kahwin?"

Tanya Pak Imam sewaktu sedang aku mencuci kolah bersama dia.

Aku cuba jawab

"Calon-calon semua sudah dirembat oranglah,Mam.
Anak pak imam pun dah nak kahwin.
Cikgu tadika sebelah rumah pun macam dah berpunya je.
Redo je lah."

Pak imam menjelingku.

"Memilih sangat ni."

Aku duduk bertinggung sambil gosok dinding kolah.

"Salah ke memilih, Mam?"

Pak imam cebok air jirus tepi kolah yang
disentalnya.

"Tak salah. Memang lebih baik memilih. Cuma
jangan terlalu memilih. Pilihlah yang berkenan di
hati. Yang hati tertarik. Ada pula ciri-ciri empat
agama, keturunan, harta, rupa tu, alhamdulillah."

Ku ambil baldi, siram lantai kolah yang berkeladak
setelah digosok. Biarkan kotoran keluar menuruni
lubang kecil di sudut kolah.

"Kalau nak pilih yang ada rupa je, boleh?"

Pak imam bangun berdiri, kain pelekatnya sedikit
basah terkena air.

"Boleh. Hak memilih hak personal. Tiada larangan.
Nak pilih yang seksi pun boleh, yang buka aurat
pun boleh, nak yang tak suci lagi pun boleh. Yang
telah couple berpuluh kali pun boleh, yang sudah
terlanjur beratus kali pun boleh.

Asalkan, kau janji satu benda dengan diri sendiri."

Aku berdiri sama.

"Apa dia?"

Pak imam bersandar di tiang dekat kolah.

"Janji dengan diri, tolong jangan putus asa.
Jangan putus asa berikan semangat dan keyakinan
pada pasangan untuk terus berubah baik.

Memilih seseorang yang sudah hancur jiwanya,
imannya, bukan semudah yang kau sangkakan.
Kau terpaksa tempuhi kesabaran demi kesabaran
dalam mendidiknya. Dia akan memberontak,
melawan, memaki, memarahimu setiap kali kau
cuba untuk pimpinnya ke arah lebih baik.

Kau tak boleh merajuk, mudah down. Tak boleh.
Kalau kau jiwa rapuh, hati tacing, mudah
tersentuh, kau takkan mampu mendidik pasangan.
Malahan, kau pula yang akan tunduk di bawah
telunjuknya.

Jangan putus asa berdoa. Di kala suami yang lain
berseronok senang lenang dengan isteri solehah
masing-masing, kau kena gigih bangun malam
berdoa tak putus-putus supaya isteri kau diberikan
hidayah, terbuka hatinya, lembut hatinya untuk
berubah.

Kotoran degil bukan mudah-mudah disental seperti
kolah ini.

Kau kena menangis lebih banyak di malam hari
depan Allah, dan nampak tabah dan tegas di siang
hari depan isterimu. Dalam tegas, ada kelembutan.
Dalam kelembutan, ada ketegasan. Kau harus tahu,
didikan tidak akan se-smooth yang kau fikirkan.

Term 'sama-sama berubah ke arah lebih baik'
cuma fantasi kau. Kau tak akan dapat jangka dan
agak apa yang ada di dalam jiwa pasangan kau.
Mungkin kau saja yang ingin berubah, tapi dia
cuma berkata-kata di mulut. Kau tidak tahu.

Selindungkan segala duka, sabar setinggi langit.
Insya-Allah, suatu hari, setelah bertahun-tahun
bertarung dan korbankan hati perasaan, berkat
keikhlasan dan rahmat Allah, isteri kau nanti akan
berubah.

Permata dan kaca memang berlainan. Kaca bisa
melukakan. Kau akan jatuh luka berkali-kali hingga
kau letih sendiri.

Tapi, bila hatinya sudah dibalikkan oleh Allah,
heavenlah kau nanti.

Dia akan jadi yang terbaik, setara dengan wanita
solehah di luar sana. Malahan, mungkin lebih baik.
Siapa tahu.

Kau faham?"

Aku mengangguk-angguk.
Rupanya, nikah itu memang perlu agama yang
terpacak kuat dalam diri sendiri. Diri seorang lelaki
yang bernama suami. Andai lelaki itu sendiri
agamanya tempang, agamanya layu, bagaimana
nanti didikannya? Pasti rosak hancur.

Bukan agama seseorang perempuan, tapi agama
seseorang lelaki itu lebih patut diutamakan.

Namun, dalam hati ini aku harap, setelah usaha
penat lelah mendidik nanti, ada secebis
penghargaan untuk yang bernama suami.
Walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih.
Atau hanya secebis senyuman. Titis air mata
suami akhirnya berbaloi, berbalas jua.

Bila orang tanya aku lagi tentang nikah, pasti akan
ku jawab balik pada diri
sendiri,

"Bila agama dan iman diri sendiri di aras yang
sepatutnya." 

Baru sedia untuk nikah.