Tuesday, July 16, 2013

POSITIF

Assalamualaikum!
alahaiii, gembiraaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaaaaaa hati!
senyum jeeeeeeeeee!
hehe..
gembira sebab ape eak?
hehe..
ntah, tetiba rasa cam gembiraa sangatt
bila semua job dapat settle secara smooth jee..
tu yang happy..
n then pk positif!
walaupun dalam hati risau gak r, takut2 tak sampai plak barang yang diorder tuu..
haha nayaaaaaaaaaaaa..
btw, be positif be happy!
till then..
nahhh..


motivasikan diri dengan lagu ni



spread <3

p/s : boss, agak2 bonus saya lepas tak iphone4s sebijik? haha verangan sudahhhhhhhhh
lalalalalaallaalalaaaaaa~

Saturday, July 13, 2013

ayah

sukar untuk aku gambarkan perasaan aku saat itu,
ya, ayah aku telah pergi selama-lamanya..
pergi menghadap sang pencipta-Nya..
kerna itu janji antaranya dengan Dia..
berakhirlah sudah tugas sebagai seorang ayah kepada 3 puteri dan 2 puteranya..
berakhirlah sudah tugas sebagai seorang suami kepada pemilik tulang rusuknya..
berakhirlah sudah tugas sebagai seorang manusia diatas muka bumi ini..

sebulan sebelum 18.Jun.2013
ayah tiba-tiba jatuh dan mengalami kecelaruan otak mungkin disebabkan
kencing manisnya tinggi..
seumur hidup aku, aku tak pernah mengambil tahu tentang sakit yang ayah aku hadapi, bahkan dia sendiri
tidak mengetahuinya..
ayah ditahan di hospital besar ipoh selama sebulan,
sekali lagi kami diuji,
buah pinggang ayah rosak!
serta dia mengalami strok otak..
sehingga menyebabkan dia tak mampu bercakap dan hanya mampu meronta2..
menyebabkan kaki dan tangannya terpaksa diikat, untuk mengelakkan dia mencabut tiub
yang dimasukkan ke dalam hidungnya..
sepanjang malam aku menangis,
sedih melihat keadaan ayah aku begitu..
keadaannya berlanjutan beberapa hari..
kami hanya mampu berdoa..

sampai satu masa, ayah sihat kembali mampu mengenali orang yang datang melawatnya,
tetapi masih belum  boleh bercakap,
dan hanya mampu mengangguk..


hari demi hari berlalu
kesihatan ayah makin memberangsangkan..
dan akhirnya ayah boleh dikeluarkan dari wad..

hari pertama ayah dirumah..
ayah tak boleh makan, dan terpaksa bergantung pada susu khas..

tiga hari sebelum 18.Jun.2013
aku balik ke rumah..
berjumpa ayah untuk seketika..
sempat menyuap beberapa titis air ke dalam mulutnya..
walaupun dilarang oleh emak aku kerana risau akan air yang diminumnya akan
memudarat pada jantungnya, disebabkan jantungnya pernah dijangkiti kuman..
aku melihat ayah menelan air itu..
ayah haus.. kesian ayah, bibirnya kering..
aku memegang tangannya..
dan bercakap dengannya..
walaupun dia tak mampu bercakap
tapi dari sinar matanya aku tau, dia sayangkan aku..
sebelum aku balik, aku mengucup pipi dan dahi dan bersalam dengannya..

18.Jun.2013
petang itu angah call..
kaki dan tangan ayah tak bergerak, dan matanya asyik memandang ke atas..
aku masih diwaktu kerja
aku memutuskan untuk balik selepas maghrib..

8.30 malam
aku menerima panggilan lagi dari angah
"akak, ayah dah tade"
bagaikan terhenti degupan jantung aku..
dunia seakan berhenti berputar..
ayah telah pergi tanpa sempat aku bertemu dengannya..
tanpa sempat aku meminta maaf dengannya..
tanpa sempat aku bercakap dengannya..

sampai dirumah, jasad ayah terbaring kaku..
dan aku menatap mukanya..
sungguh tenang..
sepanjang malam aku berjaga disisi jasad ayah..
pelbagai kenangan pahit manis terimbau..
dan yang paling aku rindukan usapan tangan mu dikepala aku,
menenangkan aku ketika itu sedang menangis ketakutan..

ayah.. nurul selalu sakitkan hati ayah..
nurul selalu menyusahkan ayah..
nurul tau, nurul anak yang paling degil..

ayah, nurul redha permergiaan ayah..

ramadhan ini, ramadhan pertama tanpa ayah..
dan syawal yang bakal menjelang
menjadikan syawal pertama kami tanpa ayah..

ayah, tenanglah disana..
kerna nurul pasti juga meyusul..

ayah, terima kasih.






dalam ingatan
ALLAHYARHAM ABD RAHMAN HAJI MOHD YUSOFF
03.September.1955 - 18.Jun.2013
Al-fatihah















ribuan terima kasih kepada
saudara mara, sahabat handai, jiran sekampung
rakan-rakan yang banyak membantu kami dalam menyelesaikan urusan pengebumian..
hanya Allah yang dapat membalasnya..

Saturday, July 6, 2013

customer

assalamualaikum,
aku keje sebagai pereka grafik, pembebel yang berjaya
keje aku datang office bukak blog bukak fb men daimond dash ngan candy crush..
pastu baru wat keje..
boring2 plak ang aku p stalk instagram fynn jamal
sebab nak tengok anak dia nama juna..
haishhh, sejukk je mata memandang..

haishh, pekejadah la panjang berjela aku punya mukadimah..


back to the story..
rini aku nak cete pasai customer..
macam2 peel customer aku jumpa..
n ada la 2 3 orang yang aku anti
means aku menyampah bila deme datang nak order barang..
menyampah sebab apa??

suka2 nak tukaq design 4 8 7 9 6 kali
suka nak harga murah2 padahal buat satu barang yang tak sampai RM100
nak cepatttttttttttttttttttttttt, (kecuali org sebelah sebab diaog customer tetappp..)
suka2 paksa aku buat design sekejap tu
pastu selalu da design pastu ta jadi order, yang ni ade seko ragam camtu!
memang ppppppppppfffffffffffffffffffttttttttttttttttttttttttt!



i is menyampahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tauuuuuuuuuuuuuuuuuuu!
tapi i sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!



so, setakat ni my temperature is ok..
dah habih, tade benda nak merepek, sampai sini je..
lenkali cete g..



babai..

p/s : cete lone ranger nasib la best! laka2 je!

Thursday, July 4, 2013

jeles x?


hp sony berbunyi.
ada call masuk.
tertera nama

ENNIZAASYADI
+6 013 631 ****

(arghhh, pesai plak call niii, mase yg sama tengah guna telefon kedai call customer)

selang bape saat lepas letak gangang telefon, telefon berbunyi..

aku : "hello, znit digital.."

"ha, kamu check email!"

"email mane en?"

"email, kamu ler"

"jap2"

open new tab, click bar gmail.
already sign in.
see all attachment..

pastu ni..




bos aku : "jeles takkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk????"


"mak aiiiiiii, lone ranger!"


"hahaha! (gelak angkuh) marathon tuuuu"


"jeles rrrrrrrr!" "tak aci, tak aci" "malam ni saya nk tengok lone ranger gak"

":P"


huuu, itu je hal nye.. bos aku ni punnn.. haha!
ade je benda nak jeleskan aku!!
huh!

Wednesday, July 3, 2013

merunsing

assalamualaikum,
seriously, hari ni tade mood..
ngan gaji tak masuk lagi!
ngan bb buat hal..
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
tensen siotttttttttttttttt!
ape yang rasa ralat, sesuka je bos aku tukaq tarikh bagi gaji
dari hujung bulan di tukar ke 5hb!
whattttt theeeeee fisssshhhhhhhhhhhh laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!



wahai bos ku sayang,
dengarlah hipotesis ciptaan ku ini :


semakin cepat gaji masuk adalah semakin semangat membara nak buat keje!








sekian!