Monday, October 27, 2014

InstaShop Lembab!

Assalamualaikum.
harini gigih nak membebel panjang berjela.
silalah baca.
ni pasal ketidak puasan hati aku kat sebijik instashop ni.
ok cerita bermula macam ni.

suatu malam yang hening. (krik..  krik.. krik..)
bertarikh 21 Ogos 2014
macam biasa, aktiviti sebelum tidur
godek2 insta, scroll2..
terbaca tentang satu review ig oleh seorang artis malaysia yang berkening tebal.
(malangnya ig riview tersebut dah di delete oleh artis itu)

ok, scroll plak kat instashop tu
buat custom made jubah, simple but nice.
dalam hati memang lama dah nak cari jubah sebab aku kan pemalas nak iron baju, 
so jom kita order.
try whats app, dengan harapan dia reply cepat


siap screen shot gamba, oo nama instashop tu i tutup separuh ye..

after a few minute dia reply, n bermula la sesi soal jawab..
ok ni salah satu kami punya conversation,

colour available:
mint green
salmon orange
coral pink
lemon yellow
lilac purple
cream
black
brown
plum purple
royal blue

our sizing is up to xl.

material: peach koshibo
A cutting, round neckline, long sleeves (handcuff with no button), back hidden zip
model wearing M size (160cm tall)
availability:
preorder (took 2 to 7 weeks, depends on sale)
"comfy and modesty comes from your high patience!" 



ok. gigih i copy balik dia punya t&c.

ok, setel dah pasal saiz, kaler apa semua, payment pun on the spot bayar!

detail payment ye.


ok, sambung..

selesai sesi juai beli


ok bermulalah episod menunggu, menghitung hari..
(background lagu kris dayanti ye)



after a few week
scroll kat ig instashop tu, ada update tracking no,
nama i tak naik.
 baca komen2 pembeli
oo, ramai yang dah marah2 rupanya..
ada jugak yg dah order lagi lama dari aku.
tu gila punya penyabo la kot..
ok, aku scroll balik dekat whatspp,
baca balik dia punya t&c.
baru nampak ayat..

availability:
preorder (took 2 to 7 weeks, depends on sale)


(bangggggggggggggg.. berkecai, punah hancur luluh harapan)
nampak tu!
took 2 to 7 weeks ye! depends on sale!
means 2 bulan ye kawan-kawan.

ok. tak pe, tak pe..
nasi dah jadi bubur.
pengajaran untuk diri sendiri.
lepas ni baca t&c betul2.

ok, tak pe boleh sabar,
menghitung hari lagi.
tunggu.
punya tunggu.
scroll balik kat instashop tersebut,
aikk? dah padam plak tracking no tu, siap semua komen la hilang.
diorang still berdiam diri.
tade apa respon.
haish la.
umpama menunggu bulan jatuh ke riba,
umpama pungguk rindukan bulan
hambek sampai dua peribahasa i bagi untuk mengambarkan betapa
alahai hati ini.


tengok balik instashop tu,
dia update mintak maap, sebab lambat reply
sebab diaorang ni student,
tak cukup kakitangan nak handle.
taylor tak menang tangan.
baju plak custom made.
ok, i is pahammmmmmmmmmmmm.

once again.
tunggu lagi.
yaaa, i means waiting.

tetiba on 9 Oktober 2014, dia whatsapp
guna no lain.




ok. faham tak?







continue..
12 Oktober 2014




ok, time ni hati dah gembira sikit.
penantian satu penyeksaan hoih!

waiting again.

tapi..

bila tiba hari yang ditunggu,
20 Oktober 2014
tak dapat jugak tracking no.
wassap tanya..

oo, lupa, dia ada wassap tanya ada tukar alamat tak. dah reply tiada pertukaran alamat.
pastu senyap..
ok, kesian kat dia penin.

 ok kita tunggu lagi..


scroll balik insta dia..
ooo..
rajin repost gambar customer..
oooo.. customer puas hati..
ooo. ok..



insta dia on, pengeposan pun ada buat..
tapi tula, kita punya turn tak sampai2 lagi.
oo, dia ada juai lain jenis jubah pulak, siap cepat!
ehh, siap ada sale pulak tu.
hoish, dalam hati panas dah cuma malas nak ambik pusing.
kekonon boleh bersabar lagi.
ok.




sampai...
tetiba dia update ni.

on 23 Oktober 2014



dan2, wassap ada problem, or mybe hp hang. ok. fikir positif.

ok. hamboiiii, biasaaaa dia ni..!

bukan main ye ayat ni :
  rude person will be block in 'third chance'

awak, awak baca ni.
macam mana orang tak biadap ngan awak,
kalau orang wassap tanya awak diam,
email, tak reply..
bukan saya sorang je tak puas hati!
ramai kot!
saya tak mintak refund tapi tolong la, jaga perniagaan awak tu leklok.
awak dah buat kami sebagai pembeli ni hilang kepercayaan.
haish la, ni la melayu.
huuh!


mohon kesiankan dia ye.












now 27 Oktober 2014.
tiada email diterima
tiada wassap update tracking no.
sekian.
majulah a***** untuk diri sendiri ye.



so, the end of the story..
jadi kan iktibar ye kawan2, ingatan tulus ikhlas untuk diri sendiri juga untuk instaseller yang lain,
kami ada hak untuk bersuara, tanpa kami sebagai pembeli siapalah anda!
haaa, gitu..
dah lama sebenarnya nak komplen, tapi..
haish la..
now, menunggu.. dan terus menunggu ibarat lagu peterpan.

sekian. terima kasih.



p/s : mintak maaf ye, pada insta user yang lain kalau ada nama anda ternaik kat sini.
sy tak puas hati, so ini cara saya.

oohh, adik founder a*****
happy belated birhtday yang ke 21 ye.
moga hidup awak di belenggu misteri..
bye!



*update 30/10.2014 : case close, berakhir dengan refund. walaupun.. haishhh, sakitnya hati..
tatau la nak gelak ke nak marah..
semoga dijadikan tauladan.

No comments: