Saturday, July 13, 2013

ayah

sukar untuk aku gambarkan perasaan aku saat itu,
ya, ayah aku telah pergi selama-lamanya..
pergi menghadap sang pencipta-Nya..
kerna itu janji antaranya dengan Dia..
berakhirlah sudah tugas sebagai seorang ayah kepada 3 puteri dan 2 puteranya..
berakhirlah sudah tugas sebagai seorang suami kepada pemilik tulang rusuknya..
berakhirlah sudah tugas sebagai seorang manusia diatas muka bumi ini..

sebulan sebelum 18.Jun.2013
ayah tiba-tiba jatuh dan mengalami kecelaruan otak mungkin disebabkan
kencing manisnya tinggi..
seumur hidup aku, aku tak pernah mengambil tahu tentang sakit yang ayah aku hadapi, bahkan dia sendiri
tidak mengetahuinya..
ayah ditahan di hospital besar ipoh selama sebulan,
sekali lagi kami diuji,
buah pinggang ayah rosak!
serta dia mengalami strok otak..
sehingga menyebabkan dia tak mampu bercakap dan hanya mampu meronta2..
menyebabkan kaki dan tangannya terpaksa diikat, untuk mengelakkan dia mencabut tiub
yang dimasukkan ke dalam hidungnya..
sepanjang malam aku menangis,
sedih melihat keadaan ayah aku begitu..
keadaannya berlanjutan beberapa hari..
kami hanya mampu berdoa..

sampai satu masa, ayah sihat kembali mampu mengenali orang yang datang melawatnya,
tetapi masih belum  boleh bercakap,
dan hanya mampu mengangguk..


hari demi hari berlalu
kesihatan ayah makin memberangsangkan..
dan akhirnya ayah boleh dikeluarkan dari wad..

hari pertama ayah dirumah..
ayah tak boleh makan, dan terpaksa bergantung pada susu khas..

tiga hari sebelum 18.Jun.2013
aku balik ke rumah..
berjumpa ayah untuk seketika..
sempat menyuap beberapa titis air ke dalam mulutnya..
walaupun dilarang oleh emak aku kerana risau akan air yang diminumnya akan
memudarat pada jantungnya, disebabkan jantungnya pernah dijangkiti kuman..
aku melihat ayah menelan air itu..
ayah haus.. kesian ayah, bibirnya kering..
aku memegang tangannya..
dan bercakap dengannya..
walaupun dia tak mampu bercakap
tapi dari sinar matanya aku tau, dia sayangkan aku..
sebelum aku balik, aku mengucup pipi dan dahi dan bersalam dengannya..

18.Jun.2013
petang itu angah call..
kaki dan tangan ayah tak bergerak, dan matanya asyik memandang ke atas..
aku masih diwaktu kerja
aku memutuskan untuk balik selepas maghrib..

8.30 malam
aku menerima panggilan lagi dari angah
"akak, ayah dah tade"
bagaikan terhenti degupan jantung aku..
dunia seakan berhenti berputar..
ayah telah pergi tanpa sempat aku bertemu dengannya..
tanpa sempat aku meminta maaf dengannya..
tanpa sempat aku bercakap dengannya..

sampai dirumah, jasad ayah terbaring kaku..
dan aku menatap mukanya..
sungguh tenang..
sepanjang malam aku berjaga disisi jasad ayah..
pelbagai kenangan pahit manis terimbau..
dan yang paling aku rindukan usapan tangan mu dikepala aku,
menenangkan aku ketika itu sedang menangis ketakutan..

ayah.. nurul selalu sakitkan hati ayah..
nurul selalu menyusahkan ayah..
nurul tau, nurul anak yang paling degil..

ayah, nurul redha permergiaan ayah..

ramadhan ini, ramadhan pertama tanpa ayah..
dan syawal yang bakal menjelang
menjadikan syawal pertama kami tanpa ayah..

ayah, tenanglah disana..
kerna nurul pasti juga meyusul..

ayah, terima kasih.






dalam ingatan
ALLAHYARHAM ABD RAHMAN HAJI MOHD YUSOFF
03.September.1955 - 18.Jun.2013
Al-fatihah















ribuan terima kasih kepada
saudara mara, sahabat handai, jiran sekampung
rakan-rakan yang banyak membantu kami dalam menyelesaikan urusan pengebumian..
hanya Allah yang dapat membalasnya..

1 comment:

Hanis Nizam said...

semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.