Friday, January 20, 2017

bila hang start diet, dugaan datang pelbagai cara

assalamualaikum,
ha tudiaaaa tajuk..
hahaha
bukan apa, bila nak start diet ni memang payah kalau
tak kuat semangat
tak kuat iman
tak kuat mental
semua akan hancuss sekelip mata..

hehe..

tapi, tula dugaan tu datang dari segi makanan
walnut brownies,
nutella cheese tart,
puding roti,
walnut cheese cake IKEA,
green tea latte,
hokkaiido baked cheese tart,
dip n dip,
nasi lemak sambal sotong,
masak lemak cili api udang + nenas,
roti canai,
soto.
ni semua nafsu makan.

mohon bertabahlah..

sebab nak kurus
hadap jela makanan yang lulus diet..




tak susah mana diet atkins ni, yang penting makan sayur, protien sikit air masak cukup,
nak masak macam mana pun terpulang.
pentingnya makan ikut lulus atkins ni sebabnya nak kasik ketosis datang,
mende apa ketosis tu?

Apabila lemak pecah menjadi
tenaga ia akan melalui suatu
proses yang di namakan ketosis.
Ketosis merupakan proses semula
jadi dalam tubuh kita. Ia merujuk kepada proses
penukaran lemak kepada tenaga, ketone dan air. Untuk
memulakan ketosis adalah sukar kerana seseorang perlu melalui
pelbagai fasa yang sukar sebelum ketosis berlaku.

tapi terpulang la pada #atkiners tu sendiri nak eatclean, nak ngap proses food ke, nak ngap kat kedai ke, masak sendiri ke..
badan orang, lain-lain.
pandai-pandai la kome bereksperimen dengan badan sendiri..

sekian.
p/s : nak aim berat 60kg je dulu..

No comments: