Wednesday, December 31, 2014

2014

Assalamualaikum.
lama aku diam.
bebanan kerja, tanggungjawab memaksa aku untuk lebih berkerja keras,
seiring dengan usia yang kian meningkat.

2014 beberapa jam sebelum pengakhirannya.

Tahun yang cukup getir buat kita, terutama rakyat Malaysia
bermula sengan insiden MH370, MH17, banjir, dan terakhir QZ8501
cukup membuatkan hati kita dirundung kesedihan
meskipun tiada kaitan dengan kita,
ia cukup menimbulkan perasaan yang cukup sayu dan pilu buat rakyat Malaysia.
Buat kaum keluarga yang terlibat salam takziah, alfatihah.
Semoga anda terus cekal untuk hari yang mendatang
mengumpul segala kekuatan untuk bangun semula samaada di dunia ataupun di akhirat.

2014,
kehidupan harus diteruskan
meskipun diuji dengan pelbagai ujian, cabaran.
putus asa, beribu kali takkan dapat mematahkan semangat ini.

2014
suka duka tangis ketawa yang aku hadapi sedikit banyak mematangkan usia,
mengumpul pengalaman untuk kemudian harian mungkin menjadi pengajaran.
kekesalan yang sering datang mengundang sering membuat aku jatuh, tersungkur.

aku..
harus terus tabah..
hadapi cabaran, ujian, dugaan yang bakal mendatang..

semoga 2015 menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua,
semoga luka lama ini beransur pulih, walaupun meninggalkan parut yang tercela.
Walauapapun, Alhamdulillah.

No comments: